Bila saya memasak sesuatu, selang beberapa hari anak bujang berbunyi... "bila Mama nak buat lagi ...", maknanya resepi itu kena dimasukkan dalam senarai resepi kegemaran. Kek Coklat ini pertama kali saya rasa di majlis mesyuarat Persatuan Pasangan Diplomat di sini. Ianya dibawakan oleh rakan dari kedutaan Amerika Syarikat. Biasanya saya amat mengurangkan memakan manisan di majlis keraian, tapi pada hari itu, saya tergerak untuk merasa kek ini. Memang sedap. Teksturnya seakan Red Velvet Cake - halus dan lembut macam baldu. Rasa manis yang bersesuaian. Rasa coklatnya diimbangi dengan rasa frosting cream cheese.. hmm, dengan tanpa segan silu, saya bertanya resepi.
Yang lebih menakjubkan... kek ini tidak mengandungi butter atau minyak! Saya paling tak suka buat kek kerana step "creaming" butter dan gula. Malas nak guna mixer. Nak basuh lagi. Alaaa. Tak suka. Tapi kek ni hanya perlu dibancuh dengan tangan, dan ianya menggunakan mayonis.. bukan butter mahupun minyak. Hmmmm. Saya bawa balik sedikit kek untuk suami dan anak. Habis. Licin. Esoknya saya buatkan kek ini memandangkan kami ada tetamu, dan bahannya memang ada dalam pantry saya. Rata-rata yang merasa kek ini memuji dan memang habis sekali hidang.
Inilah resepi Kek Coklat Mayonis yang memang sedap:
1 cawan gula
2 sudu teh bicarbonate soda
1/4 sudu teh garam laut
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung
--- campur semua bahan kering ini dalam mangkuk. Kacau rata.
Masukkan pada tepung bahan kering:
3/4 cawan mayonis
1 cawan air (saya gunakan kopi o tanpa gula, panas)
1 biji telur
Gaul rata. Masukkan adunan dalam acuan kek 8 inci yang telah diminyakkan dan dilapik kertas minyak. Bakar 40-45 minit pada suhu 170 darjah celsius (kalau oven berkipas, pada 150 darjah celsius). Sejukkan kek yang masak dan belah dua.
Sementara kek masak, kita buat cream cheese frosting:
Pukul 250 gm cream cheese yang sudah ada pada suhu bilik dengan 100 gm butter.
Bila kembang, masukkan 1 cawan gula aising dan 1 sudu teh esen vanilla. Pukul lagi.
Jika terlalu pekat, masukkan 1 sudu besar susu. Pukul hingga fluffy dan ketepikan.
Sejukkan dan ia boleh dimakan.
Selamat mencuba dan salam hormat.
sedapnya kak..senangnya bahan nya pun..insyallah nak cuba
ReplyDeleteInshaAllah.. dah siap nanti boleh share gambar, ya? Harapnya sedap dan kena dengan selera keluarga.
DeleteSalam kak ida...nk tnya knpa kak gntikn air tu dgn kopi O? Ada kah rsa kek seakn2 mocha klu guna kopi O?
ReplyDelete