Graphic taken from: https://7esl.com/breakfast-vocabulary/ |
Assalamualaikum semua, dan apa khabar? Saya ni banyak benda nak buat.. tapi, kalau pasal "procrastinating" memang hebat! Suka bertangguh. Tak apalah, kan? Blog pun lama dah tak update. Kita update jap, pastu sambung balik kerja.
Semenjak anak saya kecil, ramai yang berkomen mengatakan, "untungnya awak, anak pemakan", dan dalam hati, saya mengucapkan "MashaAllah, Alhamdulillah, Tabarakallah".
Sebenarnya anak saya pernah juga ada tahap tak mahu makan. Saya ingat lagi masa umur dia 7 tahun, tiba-tiba dia tak mahu makan sarapan. Sedangkan dari dia kecil, kami berdua suami-isteri memang luangkan masa sarapan tu untuk duduk dengan dia dan makan sama-sama sebelum ke tempat kerja, dan menghantar dia ke sekolah.
Ketika "krisis sarapan" itu, memang ada dua-tiga hari seminggu yang kami dua beranak bertengkar dan ada masa yang saya biarkan dia ke sekolah dengan perut kosong (seperti biasa dia ada bekal), dan pada hari dia tak makan sarapan tu, saya tak beri dia duit belanja kerana bimbang dia akan beli jajan bukan-bukan bila dia lapar. Jadi kalau tak sarapan, dia kena makan bekal yang saya siapkan.
Saban pagi saya ke pejabat dengan fikiran kusut memikirkan anak tak mahu sarapan, makan sarapan pun sesuap dua. Risau dia lapar dalam kelas, risau bila dia lapar dia tak dapat berikan tumpuan, risau bila dia lapar, bad mood dan bertengkar dengan kawan-kawan... hmmm macam-macam punya risau. Sedihpun ada sebab meninggalkan dia di sekolah dengan hati marah sebab dia tak mahu makan breakfast yang saya sediakan. Sedih melihat dia keluar dari kereta, melangkah masuk sekolah dengan muka tak ceria, kadangkala mata merah kerana bergaduh dengan saya pagi-pagi di meja makan.
Saya faham perasaan ibu lain yang sedang melalui masalah anak tak mahu makan.
Jadi puaslah saya berbual dengan kawan-kawan yang lebih berpengalaman, dengan ibu saya, dengan doktor, menelaah buku-buku, tengok video tentang parenting... suami sayalah tak larat, kot? Tak ada cerita lain... "Macamana nak buat Ashraf makan breakfast...", "Orang tu kata...", "Doktor ni kata..." tak berhenti-henti. Belikan itu, belikan ini... tapi sama saja, bila waktu pagi, berperang. Bila dah beli makanan mahal-mahal, dah bangun awal buatkan macam-macam, anak kata "Don't want", memang nak naik loktang saya rasa. Dahlah nak berkejar hantar dia ke sekolah, tak mahu lambat ke pejabat, dengan keadaan jalan jam di lebuhraya Sungai Besi (macam-macam stress!)
Akhirnya, satu pagi sewaktu saya duduk perang dingin dengan anak di meja makan, saya ternampak bayang kami di kaca tingkap. Cara saya duduk, raut wajah saya, bibir saya, cara saya letak tangan saya. Anak saya pula, ikut kata orang tua-tua, "sebijik" cara duduk, bibir tergetap, tangan memeluk tubuh. Macam tengok "Mini Me". Masa itulah saya mendapat kesedaran. Sedegil-degil saya yang mahukan anak ikut cakap saya, anak saya pun ada kedegilan dia juga. Dari mana agaknya ya, dia dapat perangai degil dia tu??
Jadi sayapun bermuhasabah diri. Saya mula berfikir, kalau saya jadi anak saya... apa yang membuatkan saya menolak apa yang orang suruh buat, dan apa yang boleh membuatkan saya berikan kerjasama.
Hari itu, saya print carta makanan sarapan bergambar (lebih kurang grafik di atas tu). Saya lekatkan setiap satu jenis makanan pada carboard. "Cereal", "Soft boiled eggs", "Scrambled eggs", "Toast", "Milk", Fruit", "Oatmeal and banana", "yogurt"... dan lain-lain.
Petang itu, saya beritahu anak saya - "Ashraf tengok semua kad ni, pilihlah makanan yang Ashraf hendak esok untuk sarapan".
Dia pandang wajah saya. "I can choose?"
"Iya.. Ashraf pilih, beritahu Mama. Tapi kalau dah pilih, kena makan".
Perlahan-lahan dia pilih gambar buah-buahan, kemudian dia pilih yogurt. Dia tanya, "Ok tak, Mama?"
"OK" saya kata. "Buah tu nak potong macam salad ke, nak pilih buah sendiri?"
"Fruit salad"
"Yogurt nak campur sekali ke, on the side?"
"On the side".
Esok paginya, Alhamdulillah.. buat pertama kali dalam beberapa minggu, kami makan sarapan dengan tenang. Saya tak paksa dia habiskan fruit saladnya. Diapun cuba sedaya upaya untuk makan portion yang di beri.
Setiap petang kami buat begitu. Dia pilih gambar makanan yang dia mahu untuk sarapan. Hujung minggu, kami plan sama-sama apa yang dia mahu untuk sarapan bila kami pergi marketing.. dan saya ajar dia tengok kandungan pada setiap barangan yang dibeli, berapa gram gula (4 gm = 1 sudu teh, jadi kalau yogurt buah-buahan ada 20 gm gula satu tub, maknanya ada 5 sudu teh gula setiap kali makan satu tub kecil yogurt itu).
Krisis sarapan kami itu mengajar saya tentang "parenting". Kadangkala, anak saya melawan bukan kerana dia suka melawan. Ia berpunca dari sikap saya sendiri yang agak "controlling". Ikut cakap Mama, sebab Mama kata begitu! Jadi untuk menunjukkan diri dia sudah boleh berdikari dan mahu membuat pilihan sendiri, itu yang jadi punca konflik kami. Bila saya berikan dia "control" (sebenarnya saya masih ada control, sebab pilihan yang saya beri tu, masih lagi boleh dikatakan makanan sihat), anak saya jadi amat gembira kerana dia ada kuasa memilih, dia rasa diri dia sudah besar, dipercayai dan didengari, MashaAllah.
Jadi.. macam inilah. Masa kecil, saya sendiri tak suka makan nasi. Kenapa saya tak suka makan nasi? Sebab kadangkala nasi tu banyak sangat. Kalau tak habiskan kena marah. Makan lambat kena marah. Bersepah kena marah. Jadi saya tak suka makan nasi. Bila saya boleh senduk sendiri nasi ke pinggan, barulah saya kurang bergaduh pasal makan nasi, (perangai, kan?) Zaman dulu bukan banyak pilihan, pun. Tak nak makan nasi, nak makan apa? Roti mahal. Kentang? Ehhh mana la mak dulu ada masa nak buatkan mashed potatoes bagai. Supermarket bukan ada kat Kampung Jawa, Kota Tinggi tahun 70an - mana nak cekau butter dengan susu segar nak oi? Zaman sekarang semua dah mudah. Anak tak mahu makan nasi... pasta ada, kentang, susu, butter ada, roti wholemeal ada. Kalau boleh, berilah option sihat yang lain. Bukan banyak sangatpun budak makan, kan? Daripada nak bertengkar, macam saya dengan anak pasal sarapan. InshaAllah, setiap masalah, ada penyelesaian.
OKlah, panjang celoteh cerita pasal "krisis sarapan" kami. Alhamdulillah. Sekarang kalau fikir pasal masa tu, saya boleh senyum kat diri sendiri. Walhal masa tu, macam nak terbalik dunia saya, risau laaaaaa, anak tak nak makan breakfast.
Oh! Ada lagi satu... sejak anak saya kecil, saya meminta dia mengucapkan "Alhamdulillah", dan kemudian ucapkan "Terima kasih, Mama" setiap kali selepas makan makanan yang saya sediakan. Saya beritahu dia bahawa menyediakan makanan itu adalah satu tanggungjawab besar, dan saya tak perlu memasak sebenarnya. Tapi saya masakkan makanan atas dasar kasih-sayang. Oleh itu, tak salah untuk dia mengucapkan terima kasih kepada saya. Bila makan di luar, saya akan mengucapkan terima kasih pada suami kerana membelanjakan pendapatannya untuk menggembirakan kami, dan anak pun turut mencontohinya. Bagi saya ini amat penting, kerana kita perlu menghargai kebaikan orang lain dan memberitahu mereka, dan kita janga mensia-siakan kebaikan itu. Mungkin kerana terbiasa dengan mentaliti ini, anak saya biasanya akan makan apa saja yang saya masakkan tanpa banyak memilih, kerana itu adalah cara dia menunjukkan penghargaan atas usaha saya memasak untuknya. MashaAllah. Alhamdulillah. Tabarakallah.
Oh! Ada lagi satu... sejak anak saya kecil, saya meminta dia mengucapkan "Alhamdulillah", dan kemudian ucapkan "Terima kasih, Mama" setiap kali selepas makan makanan yang saya sediakan. Saya beritahu dia bahawa menyediakan makanan itu adalah satu tanggungjawab besar, dan saya tak perlu memasak sebenarnya. Tapi saya masakkan makanan atas dasar kasih-sayang. Oleh itu, tak salah untuk dia mengucapkan terima kasih kepada saya. Bila makan di luar, saya akan mengucapkan terima kasih pada suami kerana membelanjakan pendapatannya untuk menggembirakan kami, dan anak pun turut mencontohinya. Bagi saya ini amat penting, kerana kita perlu menghargai kebaikan orang lain dan memberitahu mereka, dan kita janga mensia-siakan kebaikan itu. Mungkin kerana terbiasa dengan mentaliti ini, anak saya biasanya akan makan apa saja yang saya masakkan tanpa banyak memilih, kerana itu adalah cara dia menunjukkan penghargaan atas usaha saya memasak untuknya. MashaAllah. Alhamdulillah. Tabarakallah.
Syukur kerana diberikan penyelesaian bagi kami, dan syukur juga kerana dapat berkongsi pengalaman dengan pembaca. Semoga ada yang dapat manfaat dari pengalaman kami.
Salam hormat untuk pembaca semua dan terima kasih kerana membaca.
terima kasih kak..Insyallah saya boleh cuba cara card tu.😊😍👍👍
ReplyDeleteInshaAllah.. semoga bila kita beri pilihan-pilihan yang baik, anak kita akan terbiasa memilih yang baik-baik juga seumur hidupnya.. Ameen.
DeleteKad ��
ReplyDeleteKad ��
ReplyDeleteKad ��
ReplyDeleteKad ��
ReplyDeleteAlahamdulillah perkongsian yg menarik utk dipraktikkan k.ida... Buat pilihan sarapan guna kad.. Menarik Sgt. Perangai ank sebenarnya cerminan diri kita tanpa kita sedari.... Huhu.. Byk yg kita kena belajar dr ank kita sendiri.
ReplyDeleteBetul tu.. amanah besar bagi kita, dan kerjaya sebagai ibu ni memang amat mencabar.. tapi ia juga amat menyeronokkan dan menyedarkan kita pada semua kelemahan diri sendiri. Semoga dipermudahkan semua urusan dan ditingkatkan ikatan kasih-sayang sesama ahli keluarga dan rahmah Allah bagi keluarga kita, Ameen.
Delete