Saturday, August 25, 2018

Omelan pertama..


Assalamualaikum,

Sebelum saya memulakan post pertama ini, biarlah saya katakan sebenarnya bukan senang untuk memulakan blog ini. Selama ini, saya ada mengendalikan beberapa blog bahasa Inggeris, namun setelah berfikir panjang saya membuat keputusan untuk cuba memulakan satu blog dalam bahasa Melayu pula. Mengapa agaknya ya?

Sebenarnya saya ini adalah seorang penulis yang tidak kesampaian. Niat hati nak jadi novelis, malangnya bakat menulis itu tidak terserlah pada diri ini. Memulakan cerita bukanlah masalahnya, namun meneruskan cerita itu hingga ke penghujungnya, itulah cabarannya.

Masalahnya, saya meminati berbagai bidang. Bagi mereka yang mengikuti FB saya, tentunya pening dengan topik-topik yang saya sentuh. Masakan, berkebun, membuat sabun, penggunaan bahasa Inggeris, bekalan anak, nutrisi, melancong, melencong... Macam-macam. Melompat sana-sini sentiasa. Jadi kebiasaannya, saya cepat bosan dengan cerita yang saya tulis. Separuh jalan saja, watak-watak, setting, jalan cerita semuanya membosankan saya.

Dalam laptop saya ini, ada beberapa folder yang merupakan juga tempat persemadian karya-karya separuh jalan. Kesian mereka. Cerita-cerita yang tidak berkesudahan. Watak-watak yang diciptakan tapi tidak mencapai tahap kegemilangan yang diharapkan. Half-baked semuanya. Letih berfikir, membaca, menulis, memadam... membaca lagi, berfikir lagi, menulis lagi. Berpusing-pusing di situ saja. Sebenarnya ada masa saya benar-benar jeran untuk meneruskan kerja yang tidak berkesudahan ini. Boleh kemurungan jadinya.

Walau apapun, blog baru ini, dalam bahasa ibunda saya ini diharapkan akan dapat mengasah bakat mengomel saya yang juga akan melancarkan proses penulisan. Berjaya atau tidak? Entahlah. Harapnya adalah noktah akhir dalam proses ini. InshaAllah.

Cukuplah sampai di sini buat kali ini. Saya akhiri dengan salam hormat pada yang membaca :)

12 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih, Mak... kalau terlebih mengomel nanti, sila babab ya?

      Delete

  2. Posting puan dalam fb santai tapi memang banyak memberi manfaat....
    Semoga Allah permudahkan segala urusan puan & dimurahkan rezeki.....aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. Jazakallahukhair. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi membaca tulisan saya yang kadang-kala tu, saya pun tak pasti, kenapalah saya nak mengomel. Sekiranya ada kekurangan harap bolehlah berikan kritikan yang membina, ya?

      Delete
  3. You go girl! One step forward. Tak sabar nak baca!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hi.. thank you. Hopefully akan istiqomah lah. Masalah blog ni kena tumpu ada update selalu kan? Jangan bersawang sudah :)

      Delete
  4. Tahniah kak ida...teruskan..semoga dipermudahkan Allah dalam setiap urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma Ameen. Jazakallahukhair. Terima kasih kerana membaca dan memberikan sokongan moral :)

      Delete
  5. Tahniah, semoga langkah pertama ini satu permulaan kepada perjalanan yang jauh serta berwarna warni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma Ameen. Jazakallahukhair. Saya pun harap begitu juga :)

      Delete

Memupuk Adab Bertamu bersama Anak

 **Penulisan saya ini tidak merangkumi anak-anak istimewa yang mungkin memerlukan cara mendidik yang lebih spesifik atau cara behavioral m...