Antara falsafah saya untuk tidak "bercuti" dari menyediakan bekal anak ialah menyediakan bahan-bahan yang lengkap pada malam sebelumnya. Lagi cepat proses menyediakan bekalan, lebih baik bagi saya. Malangnya buah-buahan yang dipotong hanya boleh disediakan pada pagi untuk memastikan kesegarannya. Jadi saya perlu mengenepikan 5-10 minit untuk menyediakan bekalan buah.
Hari ini saya kongsikan cara membuat salah satu masakan ayam untuk bekalan yang amat cepat. Ayam bakar berlemon. Saya gunakan dada ayam sebab proses memasaknya hanya memakan masa 20 minit dan saya boleh masak sekali untuk beberapa portion yang boleh digunakan dalam salad, sandwich atau dimakan begitu sahaja bila dipotong menjadi jejari.
Bahan-bahannya;
4 dada ayam - ketuk hingga sama ketebalannya
4 ulas bawang putih
4 sudu besar butter cair
2 sudu besar lemon jus (kalau suka masam, boleh lebihkan) dan parutan kulit lemon (kalau organik)
1 sudu kecil serbuk thyme
1 sudu teh garam dan sedikit black pepper
Cara:
Mula-mula panaskan oven hingga 220 darjah C.
Ketuk ayam menggunakan pengetuk daging. Biarkan dada ayam agak leper. Ini membantu melembutkan dada ayam dan mempercepatkan waktu memasak. Ketuk kesemua dada ayam hingga habis.
Rendamkan dada ayam yang sudah diketuk itu dalam larutan air bergaram. Bagi setiap cawan air, masukkan 1 sudu besar garam. Biarkan terendam 15 minit. Ini akan memastikan dada ayam itu "juicy" dan berperisa. Selepas 15 minit, keluarkan dada ayam dan keringkan dengan kitchen towel.
Campurkan butter cair, bawang putih cincang, jus dan parutan lemon, thyme dan garam. Curahkan atas ayam. Taburkan black pepper yang baru ditumbuk. Bakar ayam 20 minit. Sekali-sekala, sapukan dengan jus yang bertakung dalam mangkuk pembakar.
Kalau suka garing, 5 minit terakhir, bakar dada ayam bawah grill hingga keperangan.
Boleh hidangkan ayam dengan nasi, atau kentang rebus dan sayur kukus.
Selamat mencuba dan salam hormat.
No comments:
Post a Comment