Masa kecil-kecil, saya suka makan pancakes, atau masa tu, emak saya panggil "griddle cakes". Iyalah, emak kan sekolah zaman sekolah British... jadi kuih ni dimasak atas pan leper yang dipanggil "griddle". Jadilah namanya "Griddle Cakes". Kalau emak buatkan griddle cakes ni, habislah berketul butter saya letakkan masa panas-panas biar dia cair ke tepi. Takde maple syrup, Lyle's Golden Syrup pun jadi. Jem-jem ni saya kurang gemar sikit atas griddle cakes ni. Nak syrup dan butter cair meleleh juga. Ahh nikmat sungguh. Masa tu mana pikir kencing manis lah, gemuk lah. Semua telan.
Bila dah besar, nampak pula tepung Aunt Jemima's pancakes yang siap dalam kotak tu. Beralihlah saya dari membuatnya "from scratch" pada menggunakan tepung yang sudah siap diadun. Convenience lah katakan. Tapi, setelah sekian lama, saya sedar sebenarnya, griddle atau pancakes ni, lebih sedap dibuat sendiri. Kita boleh buat jenis biasa atau buttermilk, namun pada saya yang buat sendiri ni, tiada rasa "sabun" dan lebih fluffy. Jadi saya pun kembali pada asal. Adun sendiri. Bukanlah susah ataupun mahal. Kalau beli pancake flour yang imported tu, sampai berbelas ringgit. Tak berbaloi rasanya.
Cumanya, saya sekarang jarang buat pancakes ni, sebab orang sebelah tak berapa gemor. Dia tak berapa sangat benda manis-manis ni. Kalau saya buat juga, dia akan makan pancakes dengan scrambled eggs dan sausage. Saya dan anak yang beriya nak pancake syrup dan butter bagai. Sekarang ni dah seakan taubat jugalah. Saya lebih suka makan dengan buah-buahan berries segar yang di potong kecil, gaul dengan sedikit icing sugar, lemon juice dan vanilla dibiarkan sebentar hingga lembik atau macerated. Ada kalanya saya buatkan strawberries saja yang di potong kecil, campurkan dengan sedikit balsamic vinegar dan icing sugar. Sedap juga.
Saya ambil resepi pancakes ini dari blog "Pioneer Woman" , sebab memang sedap. Sejak pertama kali gunakan resepi ini 5 tahun dahulu, saya tak ubah dah.
Bahan-bahan:
3 cawan + 2 sudu besar tepung kek
3 sudu besar baking powder
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam (kalau tak letak pun takpe sebab kadangkala baking powder pun masin),
2 cawan susu
2 biji telur
3 sudu kecil vanilla
4 sudu besar butter cair
lebihan butter dan maple syrup / pancake syrup
Cara-caranya:
- Campurkan bahan-bahan kering dalam satu mangkuk kacau rata.
- Cairkan butter dan biar sejuk sedikit
- Pukul telur sedikit, campurkan dengan susu, vanilla, butter cair. Kacau sebati.
- Tuangkan bahan basah dalam bahan kering. Kacau - tapi jangan terlebih kacau. It's ok kalau masih ada bintil-bintil. Agak-agak ya kepekatannya. Kalau pekat sangat, boleh tambah susu.
** pancake ini juga dipanggil "drop scones" kerana kepekatannya membenarkan ia di ceduk dengan senduk dan di "drop" kan atas griddle. Kalau ianya meleleh, maknanya adunan terlalu cair. Tambahkan sedikit tepung.
- Panaskan kuali non-stick, letakkan sedikit butter. Masak pancake itu pada bahagian sebelah dengan api rendah / sederhana hingga berlubang-lubang. Boleh terbalikkan. Masak hingga keperangan.
- Angkat dan masakkan lagi satu pancake.
- Letak sedikit butter atas pancake panas itu, dan letakkan sedikit sirap maple / pancake syrup. Letakkan satu lagi pancake panas di atasnya. Letakkan lagi butter dan sirap di atas pancake baru itu.
Sekarang ini, saya tak letakkan sirap lagi kerana saya makan pancakes / griddlecakes / drop scones saya itu dengan buah-buahan.
Salam hormat dan selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment